MENGENAI KAMI

 SELAMAT DATANG KE 

RIZAS HOMESTAY AND HALL 

PORT DICKSON


 

SIAPA KAMI?

Rizas Homestay and Hall Port Dickson merupakan pilihan percutian keluarga terbaik dengan kemudahan asas yang lengkap pada harga yang berpatutan. 


BILA RIZAS HOMESTAY AND HALL PORT DICKSON BEROPERASI?

Beroperasi sepenuhnya pada 30/8/2020. Kini, Rizas Homestay telah hampir setahun beroperasi.


DIMANA HOMESTAY INI TERLETAK?

Homestay ini terletak di Port Dickson yang merupakan Bandar Peranginan dan juga dikenali sebagai Bandar Tentera Darat. Lokasi homestay ini yang sangat strategik amat memudahkan pelanggan untuk ke beberapa tempat menarik sekitar Port Dickson seperti Pantai Teluk Kemang, Pantai Saujana, Pantai Cahaya Negeri dan lain-lain. Kedai runcit atau pasaraya juga terletak berhampiran  homestay.  


APA YANG KAMI SEDIAKAN?

Kami menyediakan 12 buah bilik yang terdiri daripada 8 buah Bilik Studio dan 4 buah Bilik Keluarga yang lengkap dengan kemudahan asas. Dewan serbaguna juga disediakan untuk pelbagai jenis majlis rasmi atau majlis tidak rasmi. Selain itu, kami juga menyediakan surau, dapur dan kolam untuk kegunaan pelanggan homestay. Manakala, pelanggan yang berminat untuk berbasikal boleh juga menyewa daripada kami. Tambahan, BBQ juga disediakan untuk pelanggan homestay.


KENAPA HARUS PILIH RIZAS HOMESTAY AND HALL PORT DICKSON?




BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN?